Training Pagi Ni di Agensi Shah Alam..

Pagi tadi saya conduct training bertajuk Bagaimana Untuk Close, Servis dan Maintain Klien EPF bertempat di Public Mutual Shah Alam.

Alhamdulillah happy sangat dapat berkongsi ilmu.

Jom tengok gambar..

20120520 131701 Training Pagi Ni di Agensi Shah Alam..

Selepas diperkenalkan oleh MC iaitu En Farabi


20120520 131707 Training Pagi Ni di Agensi Shah Alam..

Saya berkongsi tools dan ayat power yang digunakan dalam presentation


20120520 131714 Training Pagi Ni di Agensi Shah Alam..

Ni gambar sepupu saya, Kak Emelda Hanim yang berkongsi pengalaman close sales besar dengan ‘orang minyak’


Sekarang saya sedang berehat di bilik hotel dan pukul 4.30 petang ni akan bergerak ke MIECC untuk menghadiri Annual Dinner & Annual Awards Night. Tak sabar nak makan sedap-sedap. Wohooo… icon smile Training Pagi Ni di Agensi Shah Alam..

Fadzilah Mamat
20 Mei 2012

Suka Sangat Dapat Jumpa Tuan Pengarah..

Pagi jumpa seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan. Bagus sangat pengarah ni sebab dia suka simpan duit. Sekarang ni setiap bulan dia simpan RM3000 ke dalam akaun Tabung Haji.

Dia takde hutang kredit kad ataupun personal loan. Walaupun berpangkat pengarah, tetapi dia memilih untuk tinggal di kuarters guru (sebab isterinya seorang cikgu). Dia juga hanya menaiki kereta Wira. Humble kan?

Seriously seronok sangat berbual dengan orang yang merendah diri dan suka simpan duit. I like! I like! I like!

Setelah saya terangkan tentang kelebihan unit trust, dia nampak sangat berminat dan dia merancang untuk buat simpanan bulanan sebanyak RM1000-RM2000 sebulan ke dalam pelaburan unit trust.

Tetapi dia ingin berbincang dengan isterinya terlebih dahulu dan akan bagi jawapan selepas cuti sekolah dua minggu lagi.

Doakan saya berjaya.

p/s : Tapi kan.. belum confirm pun dah happy sangat dah. icon smile Suka Sangat Dapat Jumpa Tuan Pengarah..

Yang tak boleh tidur lepas jumpa jutawan yang bawa kereta HUMMER,
Fadzilah Mamat
19 Mei 2012