About

Blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat dengan ahli SMART Consultant Team yang merupakan sekumpulan unit trust consultant di bawah pimpinan seorang Agency Manager yang comel dan baik hati bernama Fadzilah Mamat.

Blog ini juga bertujuan untuk mencatatkan aktiviti seharian, pengalaman dan coretan Fadzilah Mamat sebagai panduan dan motivasi kepada semua UTC yang sudi membaca.

Sebarang komen dan kritikan membina daripada anda sangatlah dialu-alukan.

 

Siapa Fadzilah Mamat?

Fadzilah Mamat merupakan seorang Unit Trust Consultant yang telah melibatkan diri di dalam industri unit trust bermula Jun 2007 dan kini berpangkat Agency Manager.

Kini beliau memimpin hampir 100 Unit Trust Consultant bagi kumpulan SMART Consultant Team.

Antara pencapaian beliau adalah mendapat jumlah jualan tahunan melebihi RM1,000,000 dan seterusnya mendapat anugerah Million Dollar Producer bagi tahun 2008 dan 2011. Beliau juga telah mengikuti Incentive Trip yang ditaja sepenuhnya ke Hangzhou, China pada bulan Mei 2009.

Walaupun melakukan kerjaya ini secara sepenuh masa, beliau telah berjaya mengikuti dan menghabiskan pengajian Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di dalam tempoh 2 tahun bermula bulan Julai 2007 sehingga April 2009 dan seterusnya akan menyambung pengajian di peringkat PhD bermula bulan September 2012.

Dengan pendekatan yang sangat mesra, telus dan profesional serta dapat memberikan penerangan yang jelas, Fadzilah Mamat telah berjaya mendapat kepercayaan pelabur dari pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi seorang Unit Trust Consultant yang sangat dihargai dan disayangi oleh para pelaburnya.

Berikut adalah gambar beliau bersama keluarga tercinta.

19558 1158621780346 1671834627 319780 8059933 n AboutFadzilah Mamat bersama suami dan anak-anak semasa perayaan Aidilfitri 2009

Sila klik di sini untuk menghubungi beliau sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang kerjaya sebagai Unit Trust Consultant.

6 comments

  1. Salimi

    Salam puan fadzilah.. Sy doakan anda kaya dan berjaya…
    Sy sebenarnya nk mintak halal atas segala ilmu yg sy perolehi drpd blog puan.. Sy pun juga seorang UTC Public Mutual dan blog puan telah byk memberikan inspirasi serta tunjuk ajar sehingga sy benar2 memahami ttg unit trust…
    Teruskan lah menulis… sharing is caring..

    Semoga puan sekeluarga dikurniakan Kesihatan, Kebahagiaan, Kejayaan, Kekayaan dan Keberkatan oleh Allah SWT… Amin..

  2. mazlina

    Salam, Puan.

    TErima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat berguna.
    Saya juga seorang UTC, dan amat menghargai segala ilmu yg puan kongsikan didalam blog puan ini….

    Semoga Puan terus berjaya…

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge