Jom Berubah Dari Negatif Kepada Positif
Saya banyak kenal dengan orang yang sangat negatif. Mungkin sebab saya dulu pun negatif jugak.
Nak buat ni, tak boleh. Nak buat tu, tak boleh. Orang ni tak okay. Orang tu tak okay. Pendek kata, semua benda susah dan semua orang tak okay.
Orang sebegini juga kerjanya adalah bercakap tentang orang lain.
Anda dalam kategori yang mana?
Dulu saya akan cuba lari jauh-jauh daripada orang yang negatif. Sekarang pun masih lari jugak. Tapi sekarang ni saya tak terlalu stress malah bersimpati dengan orang sebegini.
Rasa kesian sangat dengan gelagat orang negatif yang menyalahkan semua orang. Kerajaan salah. Ahli politik salah. Mak ayah salah. Kawan salah. Semua salah orang. Diri sendiri je yang paling sempurna dan hebat.
Pendek kata, selagi orang sebegini tak ubah mentaliti mereka kepada, ”Aku yang bertanggung jawab ke atas kehidupan aku. Kalau orang lain boleh, aku pun boleh.” selagi itulah mereka akan terus berada dalam keadaan susah.
Apa yang saya nampak, takdir seseorang juga sangat berkait rapat dengan ayat-ayat yang digunakan sehari-hari. Kalau ayat positif, maka hidup mereka senang. Kalau ayat negatif, hidup mereka susah. Memang tak pernah saya jumpa orang kaya yang menggunakan ayat-ayat negatif.
Jangan fikir, “Dia kaya sebab tu dia positif.” Sebenarnya, “Dia positif sebab tu dia kaya.”
Jangan fikir, “Aku jadi negatif macam ni sebab aku miskin.” Hakikatnya, “Aku miskin sebab aku suka fikir negatif”.
Pendek kata, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, kita mempunyai HAK dan KEBEBASAN untuk pilih samada kita nak fikir negatif atau positif.
Dan cara kita berfikir itulah yang akan mengubah hidup kita samada kita menjadi AVERAGE atau MEMORABLE.
Apa pilihan anda?
Yang suka berfikir positif dan berusaha untuk menjadi orang yang cemerlang,
Fadzilah Mamat
4 Februari 2012


wahh, xperasan ada blog rupa nya awak.
btw, maklumat yang sangat berguna dan betul sekali pasal org positif vs. negatif.
good job!
Haha.. Malunya bila klien baca blog.
Anyway, terima kasih sudi singgah ya Kak Anie. Dan terima kasih juga sudi melabur dengan saya.

admin recently posted..Ayah Yang Nampak Makin Muda & Hensem
Wah!!! Bestnya! Puan, mintak share blh?

surynn recently posted..Gula Sebaiknya Dikelaskan sebagai Racun