Kalau Suka, Jangan Suka Sangat..
Salah satu perkara yang saya belajar dalam bisnes unit trust ni adalah,
Kalau suka, jangan suka sangat
&
Kalau tak suka, jangan tak suka sangat
Ini kerana manusia dijadikan dengan hati yang boleh berubah-ubah. Klien yang dulunya mesra dengan kita, mungkin lagi tak mesra. Ejen yang dulunya rapat dengan kita, makin menjauh.
Benda ni memang normal sangat.
Ada juga prospek yang dulunya kita rasa menyampah, sekarang jadi klien yang best. Atau ejen yang dulunya tak aktif, sekarang makin meletop.
Jadi, apapun yang berlaku, sentiasa kawal emosi. Jangan terlalu ikutkan rasa tak suka, rasa benci, rasa menyampah, rasa geram dan sebagainya.
Sentiasa jaga hubungan dengan semua orang. Percayalah, dunia ni kecik sangat.
Yang cuba untuk jadi sabarrrrrrrrrrr sangat,
Fadzilah Mamat
22 Februari 2012