Rezeki Di Tangan Allah, Bukan Di Tangan Manusia

Ayat di atas adalah nasihat yang diberikan oleh seorang bakal klien yang merupakan seorang jutawan. Saya pernah berkongi kisah perkenalan saya dan beliau di sini.

Sebagai kontraktor, dia ada berdepan dengan orang yang ingin meminta rasuah. Sampaikan ada pegawai tinggi di sebuah jabatan yang minta dia buat proposal untuk sebuah projek besar dengan meletakkan barang gred A tetapi buat projek menggunakan barang gred C. Dan perbezaan harga tu perlu diberikan kepada pegawai terbabit.

Tapi dia menolak cadangan pegawai tersebut mentah-mentah. Ini kerana, dia mahu mencari rezeki yang halal dan berkat. Yang bestnya, selepas dia tolak tawaran tersebut, dia telah dapat tawaran yang lebih besar dengan cara yang betul.

Dan sekarang ni syarikatnya sudah ada projek berturut-turut sehinggalah ke tahun 2015. Alhamdulillah, suka sangat dapat berkenalan dengan usahawan yang beriman macam ni.

Dia pun ada bercerita pasal business partner dia yang sangat soleh dan bagi derma RM100 kepada tabung masjid setiap kali sembahyang Jumaat.

Bayangkan kalau setiap orang bersedekah sebanyak RM100 kepada tabung masjid, pasti banyak aktiviti keagamaan yang dapat dianjurkan dan seterusnya masjid akan menjadi lebih makmur.

Bila dengar nasihat dia ni, hati saya memang rasa tersentuh sangat. InsyaAllah nak cuba praktiskan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh beliau.

Macam saya sekarang, kalau ada appointment saya akan cuba sedaya upaya untuk sampai awal di tempat yang dijanjikan. Saya suka bila saya sampai dulu dan menunggu prospek.

Tapi bila bab appointment dengan Allah, tak la semangat macam ni. Jarang sangat duduk di atas sejadah menunggu masuk waktu.

Rezeki di tangan Allah, bukan di tangan manusia

Kenapa kita rasa takut dan gerun sangat dengan prospek besar?
Kenapa dengan prospek besar bukan main awal kita sampai bila berjanji?
Kenapa bila prospek besar call kita rasa excited sangat?
Kenapa dengan prospek besar kita boleh sabar sangat?
Kenapa dengan prospek besar boleh cakap bersopan santun?

Tapi..

Kenapa kita tak rasa takut dan gerun bila langgar perintah Allah?
Kenapa kita tak rasa malu bila melewatkan sembahyang?
Kenapa tak excited bila mendengar Azan?
Kenapa bila solat rasa tak sabar nak habis?

 man dua Rezeki Di Tangan Allah, Bukan Di Tangan ManusiaNak sales besar, nak komisyen banyak, nak jadi kaya, kenalah rajin berdoa dan minta pada Allah.

Yang nak jadi lebih baik dari semalam,
Fadzilah Mamat
5 Februari 2012

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge