Teringat Di Suatu Masa Dahulu..
Pada tahun 2008 saya pernah tampal matlamat saya di dinding bilik saya.
Antara matlamat saya pada masa itu adalah :
1. Mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan
2. Membuat recruitment 24 orang dalam setahun
Pada masa tu saya pun tak tahu macamana cara nak mencapai matlamat saya ni.
Menurut Brian Tracy, cara paling cepat untuk capai matlamat adalah dengan menulis matlamat kita setiap hari.
Jadi selain menampal matlamat saya di dinding, saya juga sediakan satu buku dan setiap hari saya tulis matlamat saya kat buku ni.
Setiap hari.. saya tulis..
Tulis..
Tulis..
Tulis..
Tulis..
Tulis..
Tulis..
Dan tulis..
Sampailah satu masa saya stop sebab rasa macam tak berhasil pun.
Tapi since kertas matlamat tu ada kat dinding, dari semasa ke semasa saya ‘ternampak’ matlamat tu.
Lama-kelamaan, kertas tu hilang. Mungkin dikoyakkan oleh anak. Atau mungkin juga diterbangkan oleh angin.
Saya pun dah tak ingat pada kertas tu.
Sehinggalah pada suatu hari di pertengahan tahun 2011, pada masa tu pendapatan saya melebihi RM10,000 dan jumlah recruitment saya sudah melebihi 24 orang. Tetiba saya teringat kembali tentang matlamat saya pada 3 tahun yang lepas.
Ya Allah, memang betul kita boleh dapat apa sahaja yang kita nak. Mungkin saya dapat lambat sikit sebab saya pun tak istiqamah menulis matlamat saya setiap hari.
Kalau boleh imagine, pasti boleh dapat!
Kalau percaya, pasti boleh capai!
Sekarang dah mula letakkan impian yang lebih besar.
1. Pendapatan melebihi RM100,000 sebulan.
2. Recruitment melebihi 200 orang setahun.
3. Nak ada pemandu peribadi, tukang masak dan pengasuh anak profesional.
InsyaAllah, pasti boleh!
Yang suka berimpian,
Fadzilah Mamat
7 Februari 2012



I likeeeeeeee!!!!!!!!! Wowowow!!! Go girl!
Norlela khalidah recently posted..Seminar Jutawan JPlatinum (SJJ)
Thank you sis! And thank you so much for guidance and support!
admin recently posted..Orang Miskin Yang Tak Sedar Diri
Saya pun dh mula ber impian dan mula menampalkan serta menulis matlamat saya.. Yakin Boleh.. Yess!!! Sy doakan semoga Fadzilah sekeluarga lebih kaya dan berjaya..
Saya pun doakan kejayaan En Salimi. Semoga kejayaan kita menjadi inspirasi kepada rakan-rakan UTC yang lain.
admin recently posted..Jom Terjah Blog Remy Ishak & Teringat Kisah Lawak Tumpang Tidur Di Masjid Shah Alam