Kenapa Perlu Datang Business Opportunity Preview (BOP)?
Saya suka datang BOP. Setiap kali ada BOP yang dianjurkan oleh pihak syarikat, saya mesti datang. Pada saya, BOP adalah satu aktiviti yang betul-betul membakar semangat saya.
Siapa je yang sharing, saya akan datang. Sebab saya suka dengar kisah kejayaan orang. Kalau takde prospek pun, saya datang jugak, sebab sayalah prospek utama.
Kalau saya bersemangat -> saya lebih rajin -> saya lebih berjaya -> saya lebih banyak duit -> saya boleh buat apa yang saya suka -> saya happy!
Petang tadi semasa sedang memandu tetiba saya dapat idea untuk kongsikan artikel ni. Ini kerana, bila saya fikir punya fikir punya fikir, salah satu sebab saya berjaya merekrut ramai UTC baru adalah kerana saya pandai bercerita.
Contoh macam petang tadi pun saya sempat bercerita kepada seorang business partner saya tentang kisah kejayaan seorang GAM yang dulunya aktif dalam pelbagai MLM. Ini kerana business partner saya ni dulunya pun pernah menjadi leader dalam MLM.
Jadi saya ceritakan kisah orang yang hampir sama dengan situasi dia, sebagai pembakar semangat untuk dia buat dan berjaya dalam bidang unit trust ni.
Kenapa perlu datang BOP?
Bila kita datang BOP, kita akan dengar pengalaman hidup orang-orang yang telah berjaya. Ada yang dulunya kerja bank, buat bisnes sendiri, kerja kilang, technician, engineer, HR manager, suri rumah dan pelbagai lagi.
Jadi, bila ada banyak cerita dalam hard drive kita, otak kita akan suggest cerita mana yang sesuai atau ‘kena’ dengan prospek yang kita jumpa.
Dan bila cerita kita menyentuh hati prospek, maka prospek akan berasa lebih yakin untuk menceburi kerjaya sebagai sorang UTC.
Satu lagi, kita juga boleh belajar cara-cara penceramah jemputan tersebut bercerita. Ada yang suka buat lawak, ada yang gunakan kisah-kisah sedih, ada yang banyak menggunakan ayat power, ada yang gunakan duit untuk dapatkan feedback dari peserta dan macam-macam lagi.
Bila dah selalu dengar, lama kelamaan kita akan menjadi lebih mahir untuk bercerita.
Makin pandai bercerita, makin besar pendapatan!
Jadi, kepada semua rakan-rakan UTC baru dan lama, kalau ada BOP, tolonglah datang. Kalau boleh, bawa prospek. Kalau tak boleh, bawa pasangan atau ibu bapa atau adik beradik atau rakan yang rapat supaya mereka faham dan seterusnya menyokong kerjaya.
Kalau diorang pun berminat nak jadi UTC, Alhamdulillah, its a bonus. Kalau diorang tak berminat, takpe. Jangan marah. Kalau semua nak jadi UTC, siapa pulak yang nak jadi pelaburnya kan?
Jangan risau. Ada ramaiiiiiiiiiiii lagi bakal UTC kat luar sana yang sedang mencari kerjaya yang profesional dan fleksibel macam ni. Terus buat dan bertahan, insyaAllah anda juga akan mencapai kejayaan cemerlang dalam industri unit trust.
p/s : Jika anda berada di sekitar Johor dan berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang kerjaya sebagai UTC, saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda ke BOP yang dianjurkan oleh syarikat saya pada 18 Februari 2012, pukul 2.30-5.00 petang. Sila hubungi saya di talian 012-7498940 dan saya akan reservekan satu tempat untuk anda. Jumpa di sana!
Yang suka bila dapat bawa orang ke BOP,
Fadzilah Mamat
9 Februari 2012
