Jangan Ingat Dari Roadshow Tak Boleh Dapat Prospek Besar Tau!

Pagi tadi berbual dengan seorang business partner saya. Beliau menceritakan tentang seorang jirannya, seorang ejen insurans. Ejen tersebut muda lagi tetapi berjaya close sales dengan seorang Doktor Pakar yang terkenal di Johor Bahru melalui roadshow.

Wah.. tiba-tiba gian nak buat roadshow datang kembali. icon wink Jangan Ingat Dari Roadshow Tak Boleh Dapat Prospek Besar Tau!

Ada sebahagian UTC yang langsung tidak pernah join roadshow. Ada yang nak tetapi tidak berpeluang dan ada juga yang langsung taknak mencuba. Mereka beranggapan bahawa prospek dari roadshow bukanlah prospek yang berkualiti.

Betul ke macam tu?

Roadshow selalunya dibuat di pasaraya, di karnival atau di ekspo perniagaan.

Kalau orang yang lalu lalang tu dirasakan kurang berpotensi, adakah ini bermakna orang kaya tak datang shopping? Orang kaya tak datang karnival? Orang kaya tak datang ekspo perniagaan?

Saya sendiri sudah banyak kali mendapat prospek yang boleh melabur ratusan ribu ringgit melalui roadshow. Malah, saya juga telah berjaya kenal dengan orang-orang yang besar dan hebat hanya melalui roadshow.

fm roadshow 300x286 Jangan Ingat Dari Roadshow Tak Boleh Dapat Prospek Besar Tau!

Gambar saya di roadshow pelaburan unit trust di Giant Taman Universiti pada November 2011

Jadi, kepada rakan-rakan yang masih kurang yakin dengan kuasa roadshow, cuba join roadshow dan anda mungkin akan menjadi ketagih untuk join roadshow lagi dan lagi, seperti yang saya alami sekarang. icon wink Jangan Ingat Dari Roadshow Tak Boleh Dapat Prospek Besar Tau!

Yang suka join roadshow,
Fadzilah Mamat
7 Februari 2012

4 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge